Tuesday, March 22, 2011

MSSD PASIR PUTEH KALI KE-3/2011

Tahniah kepada para atlit dan para jurulatih. Walaupun kita tidak mampu mengekalkan kejuaraan namun, semangat juang yang ditunjukkan oleh para atlit amat membanggakan. Sokongan daripada pihak pentadbir terutamanya daripada Tuan Pengetua dan PK KO yang turun padang setiap hari ternyata banyak memberi suntikan semangat kepada kontinjen SMKCR.

Juara MSSD kali ini kembali kepada SMK Gaal dengan pungutan 15 Emas, 14 Perak dan 3 Gangsa. SMK Cherang Ruku berada ditempat ke-2 dengan pungutan 15 Emas, 12 Perak dan 18 Gangsa. Kita hanya memerlukan 2 Perak sahaja untuk menumbangkan SMK Gaal!!!Tempat ke-3 pula menjadi milik tuan rumah, SMK Kamil dengan pungutan 15 Emas, 12 Perak dan 9 Gangsa. Ternyata persaingan antara ketiga-tiga sekolah ini amat sengit.

Tahniah uga diucapkan kepada 14orang atlit kita layak untuk pemilihan bagi mewakili daerah ke MSSK. Tahniah juga kepada En. Temiji Bin Sabu kerana dipilih sebagai Ketua Jurulatih bagi mengepalai Kontinjen Daerah Pasir Puteh ke MSSD.



Sekitar Kejohanan Olahraga MSSD Pasir Puteh Kali ke-3/2011.































































































































0 comments:

Post a Comment