TENTANG KAMI

SEJARAH PENUBUHAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku (SMKCR) telah dirasmikan perletakan batu asasnya oleh Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim (Menteri Pelajaran ketika itu) pada 21 Januari 1989 bersamaan dengan 03 Rejab 1419H.

Sesi persekolahan pertama telah bermula pada 01 Disember 1989. Pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Abas bin Haji Abdullah. Bilangan murid generasi pertama ialah seramai 367 orang. Bilangan kelas pula ialah 6 kelas bagi tingkatan 1 dan 4 kelas bagi tingkatan 2. Bilangan guru pada awal penubuhan seramai 21 orang dengan dibantu oleh 6 orang staff sokongan.

SMKCR dibina di atas tanah lot 23 dengan keluasan 20.5 ekar di Kampung Cherang Ruku. Kampung ini diasaskan oleh seorang tokoh bernama Awang bin Senik ataupun dikenali oleh penduduk setempat dengan nama Tuk Kuing.

SMKCR telah mendapat kunjugan daripada pemimpin-pemimpin negara seperti YB. Dato' Seri Hj. Mohd Najib bin Abdul Razak (20.05.1994), Perdana Menteri Malaysia ke-4   YB. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (29.08.1997)  dan ramai lagi.

Sehingga kini terdapat 5 orang pengetua telah memimpin SMKCR ke arah kecemerlangan iaitu :
     1 - Tn Hj Abas bin Abdullah ( 16.11.1990  -  30.11.1995 )
     2 - Tn Hj Mohamad bin Mat Adam ( 01.01.1996 - 31.11.1998 )
     3 - Tn Hj Nik Mat Salleh bin Zakaria ( 01.02.1998 - 31.12.1999 )
     4 - Tn Hj Abdul Wahab bin Yaacob ( 01.01.2000 - 2005)
     5 - Tn Hj Zainuddin bin Harun ( 01.01.2006 - Okt 2010)
     6 - Tn Hj Wan Zakaria bin Wan Ismail ( Nov 2010 - Kini )


 MAKSUD LOGO SEKOLAH
1 - Perahu : Kehidupan mejoriti masyarakat yang bekerja sebagai nelayan.
2 - Manusia berjubah : Kecemerlangan dalam pendidikan.
3 - Susunan tiga buku : Kepelbagaian ilmu yang perlu dituntut oleh pelajar.
4 - Lima jalur putih : Lima sekolah saluran.
5 - Angka 19 & 90 : Tahun 1990 iaitu tahun sekolah mula ditubuhkan.
6 - Lencana pengakap : Gerakan Ko-kurikulum.
7 - Warna Biru : Perpaduan, ketenangan dan kesatuan.
8 - Warna Putih : Kebersihan dan kesucian.
9 - Warna Kuning : Kedaulatan raja-raja.
10 - Warna Merah : Semangat kental dan berani. 

 
VISI SEKOLAH
Merialisasikan sekolah cemerlang untuk menjadikan sekolah terbilang

MISI SEKOLAH
Mewujudkan suasana pembelajaran kondusif melalui usaha membudayakan pengajaran berkesan ke arah melahirkan pelajar cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. 


PIAGAM PELANGGAN
Mengutamakan kualiti :
1 - Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan semangat tinggi,
2 - Menyediakan ransangan untuk menambahkan semangat belajar dan membina sikap positif serta mencapai kecemerlangan,
3 - Membina dan mengekalkan budaya cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum,
4 - Melahirkan pelajar yang bermoral tinggi, berakhlak mulia dan bertaqwa,
5 - Memupuk kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi dikalangan guru dan kakitangan sokongan,
6- Meningkatkan permaufakatan dan penglibatan PIBG secara berterusan dalam urusan pendidikan sekolah,
7 - Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, selesa dan indah.